SELAMAT DATANG KE BILIK OPERASI SPBT SMK TUN FUAD (BOSS)
- Unit SPBT SMKTFF.....
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, PProgram ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti perpaduan masyarakat, Rukun Negara, masyarakat penyayang dan Wawasan 2020.
Buku teks ditulis berdasarkan kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) atau Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu
- Pakej Buku Teks
1. Buku Teks
Buku teks yang digunakan oleh murid sebagai buku yang diperakui oleh KPM dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Cakera padat (CD) ialah bahan sokongan kepada buku teks bagi beberapa pelajaran tertentu.
- Syarat-syarat kelayakkan SPBT
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007:
``Kerajaan Malaysia telah bersetuju melaluli rang undang-undang perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 September 2007 supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluas kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilanagan anak yang layak di SEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008.
PERATURAN PENJAGAAB SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
PERPINDAHAN DAN PERTUKARAN MURID
-Perpindahan dalam negeri dan antara negeri.
Murid-murid dikehendaki membawa bersama-sama :
- Buku teks
- Surat iringan dari sekolah
- Peminjaman dan Pemulangan buku teks.
Semua murid yang menerima pinjaman buku teks SPBT mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan memulangkan buku teks yang dipinjam pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment