Tuesday, June 26, 2018
PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT
PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT
·
Pelajar
mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam ruangan yang disediakan pada
kulit dalam buku teks.
·
Setiap
pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.
·
Pelajar
tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di
tempat awam lain . Buku tersebut akan dirampas.
·
Pelajar
dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku.
·
Jangan
rosakkan barkod buku.Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan
nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal
tahun.
·
Pelajar
yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan
disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.
·
Pemulangan
yang lewat akan dikenakan denda RM0.50
·
Pengawas
SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan berkuasa merampas
buku setelah amaran kedua diberi.
PERATURAN PENGGUNAAN BOSS
·
Hanya
guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan BOSS dan kemudahan yang
disediakan.
·
Kemudahan
komputer hendaklah di awasi oleh guru dan penggunaan persendirian hendaklah
direkodkan.
·
Sebarang
cetakan persendirian hendaklah menggunakan kertas sendiri.
·
Tanggalkan
kasut dan susun dengan kemas.
·
Penggunaan
bilik semasa waktu pembelajaran hanya dibenarkan jika ada urusan segera dan
mesti diiringi guru.
·
Penggunaan
bilik selepas waktu persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada
guru serta direkodkan.
·
Pastikan
alat penghawa dingin dan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan
BOSS.
·
Kemas
dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.
·
Letak
semula alatulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah digunakan di tempat
asal.
·
Dilarang
membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat kerja-kerja BOSS atau
mengulangkaji.
·
Pulangkan
kunci pada pagi berikutnya setelah digunakan.
TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
·
Merancang
dan mengurus baik pulih buku teks
·
Mengedar,mengumpul
dan menyemak borang SPBT 1/1 A
·
Menjalankan
pemeriksaan fizikal ke atas buku teks/
·
Mengurus
dan mengemaskini semua fail dan buku stok.
·
Menjadi
Penasihat Kelab SPBT sekolah
·
Menerima
dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
·
Menghayati,mematuhi
dan melaksanakan semua arahan buku teks
·
Membuat
permohonan keperluan buku teks SPBT
·
Merancang
dan mengurus baik pulih buku teks
·
Menyediakan
data enrolmen murid dan murid layak
·
Melaporkan
kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
·
Menyelaras
pengisian borang SPBT G
·
Menguruskan
pelupusan buku teks
·
Menguruskan
gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
·
Menguruskan
gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
·
Memastikan
buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.
Monday, June 25, 2018
Kenali BOSS SPBT
SEJARAH PENUBUHAN BOSS
Tahun 2008, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah
(BOSS) sekolah ini mula diberi perhatian khusus. Sebelum itu Bilik SPBT lebih
merupakan stor bagi menyimpan lebihan stok buku teks. Bilik ini mula dihias dan
dipamerkan dengan segala maklumat berkaitan SPBT dan penambahbaikan dilakukan
dari semasa ke semasa.
Tahun demi tahun, penambahbaikan telah dibuat dan menjadikan
bilik yang lebih luas. Pelbagai aktiviti, pameran dan inovasi berjaya dibuat
dan dihasilkan.
Kini BOSS sekolah ini telah mula melangkah setapak lagi
dengan mempertingkatkan segala kemudahan, keceriaan dan menghasilkan inovasi
yang berkaitan dengan SPBT melalui pelbagai projek SPBT dan kerjasama pihak
luar. Kini BOSS mula beroperasi dengan sempurna selaras dengan hasrat kerajaan
untuk Memertabatkan Buku Teks sebagai sumber ilmu.
MATLAMAT
Memastikan semua murid warga SMK TAMAN TUN FUAD menikmati pendidikan percuma melalui faedah SPBT.
OBJEKTIF
- Semua warga SMKTFF akan mendapat buku teks SPBT
- Memastikan murid SMKTFF menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi baru persekolahan bermula
VISI
Pengurusan SPBT cemerlang menjelang 2018
MISI
Melaksanakan perkhidmatan pengurusan spbt secara sistematik bagi
melahirkan model insan cemerlang berlandaskan FPN
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan setiap murid layak mendapat buku teks menerimanya mengikut kehendak kementerian.
- Dapat mengagihkan buku-buku SPBT kepada murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum cuti akhir tahun.
- Pemulangan buku-buku teks daripada murid yang meminjam selewat-lewatnya dua minggu sebelum cuti akhir tahun.
- Memastikan buku-buku teks dijaga dengan baik.
- Mengurus SPBT dengan baik ,cekap dan cemerlang.
- Sentiasa peka dengan maklumat terkini SPBT.
- Memastikan setiap yang berurusan dengan pihak SPBT mendapat layanan dengan sebaik mungkin.
Strategi Pelaksanaan SPBT
i. Membuat
mesyuarat AJK SPBT sekurang-kurangnya empat kali setahun
ii. Membuat
pengisian BTBT 190
iii. Membuat
perlupusan buku teks dan BLA tahun sebelumnya.
iv. Membuat
pemeriksaan buku ditangan murid secara berkala.
v. memproses
buku yang diterima untuk kegunaan tahun berikutnya
vi. membuat
pengumpulan semula buku dan pengedaran buku bagi tahun berikutnya
vii.
mengemaskini buku stok secara berkala
Penyerahan buku teks tingkatan 1
Objektif aktiviti ini dijalankan bagi memastikan semua waris murid
tingkatan 1 mendapat buku yang secukupnya. Selain itu bagi mendedahkan kepada
waris cara membalut buku dengan betul dan kemas dan bagi memupuk minat waris
murid terhadap penjagaan buku sepenuhnya. Rasional program ini dijalankan
kerana masih terdapat segelintir waris kurang mengambil berat tentang penjagaan
buku teks yang diberikan secara percuma.
Program Sayangilah Buku pula diadakan kerana bagi memberi
kesedaran kepada murid untuk menjaga buku teks agar kelihatan cantik, dan murid
dapat menghargai buku teks.
Program seterusnya adalah Program Baik Pulih Buku Dan Membalut Buku.
Rasionalnya kerana murid-murid masih kurang kesedaran tentang kepentingan
penjagaan buku teks. Objektif program ini agar murid-murid akan menjaga buku
dan mengurangkan kerosakan buku dan memupuk minat murid terhadap penjagaan buku
sepenuhnya.
Program Baik Pulih Buku iaitu dilaksanakan sebelum
penyerahan buku ini dilaksanakan agar murid-murid akan menjaga buku dan
mengurangkan kerosakan buku, dapat memupuk minat terhadap penjagaan buku
sepenuhnya dan dapat mengurangkan contengan di dalam buku teks tersebut.
Kelab Buku Teks SPBT di mana Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan
meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan
aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku
teks sebagai sumber ilmu.
Surat siaran Bil. KP
(BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab
tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain
yang diluluskan oleh Pendaftar.
Keahlian Kelab SPBT ini
adalah terbuka kepada semua murid yang berminat. Kepelbagaian aktiviti yang
dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber
ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum
di sekolah.
Program kemuncaknya pula adalah Pertandingan Membalut Buku antara Kelab. Pertandingan ini bertujuan mendedahkan kepada murid bagaimana hendak membalut buku dengan kemas dan cantik serta dapat memupuk minat murid terhadap penjagaan buku sepenuhnya.
TAKWIN SPBT SEKOLAH
BIL
|
TARIKH
|
PERKARA
|
1
|
Januari
|
Mesyuarat pengurusan SPBT kepada
semua guru
|
2
|
Januari
|
Mengagihkan buku teks SPBT kepada
murid layak SPBT
|
3
|
Januari
|
Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan
Sekolah (untuk menentukan enrolmen murid pada tahun berikutnya )
|
4
|
Febuari
|
Menyediakan senarai terkini murid
layak berdasarkan Sistem Maklumat Murid (SMM) dan mengemas kini Buku Stok
SPBT
|
5
|
Febuari
|
Menghadiri bengkel pengisian BTBT190/BTBT170 bagi
permohonan buku teks SPBT kegunaan tahun berikutnya.
|
6
|
Febuari
|
Mengemas kini data Sisteksbbt dan
sistem fail
|
7
|
Mac
|
Menjalankan pemantauan penjagaan
buku teks SPBT di tangan murid
|
8
|
Mac
|
Meningkatkan keceriaan
BOSS/Pertandingan BOSS
|
9
|
April
|
Memohon pelupusan buku teks SPBT
dengan melengkapkan Borang Kew.PA-17
|
10
|
Mei
|
Mesyuarat Kelab SPBT Sekolah
|
11
|
Jun
|
Mengadakan
taklimat/kursus/program SPBT Sekolah
|
12
|
Jun
|
Menjalankan pemantauan penjagaan
buku di tangan murid
|
13
|
Julai - November
|
Menerima bekalan buku teks SPBT
daripada penerbit/pengedar untuk kegunaan sesi persekolahan tahun berikutnya
|
14
|
Oktober
|
Mesyuarat Jawatankuasa SPBT
Sekolah
|
15
|
November
|
Mengumpul semula buku teks SPBT
Sekolah
|
16
|
Disember
|
Mengemas kini buku stok SPBT
|
17
|
Disember
|
Menyemak dan menutup kira-kira
pada 31 Disember
|
RANCANGAN AKTIVITI KELAB SPBT 2018
BIL
|
TARIKH
|
AKTIVITI
|
1
|
14.01.2018
|
|
2
|
11.02.2018
|
|
3
|
04.03.2018
|
|
4
|
01.04.2018
|
|
5
|
22.04.2018
|
|
6
|
13.05.2018
|
|
7
|
17.06.2018
|
|
8
|
08.07.2018
|
i)
Cop
ii)
Merekod
buku ke sistem sistek
iii)
Melekat
barcode
|
9
|
29.07.2018
|
i)
Cop
ii)
Merekod
buku ke sistem sistek
iii)
Melekat
barcode
|
10
|
19.08.2018
|
|
11
|
02.09.2018
|
|
Kelab SPBT
PENGENALAN KELAB SPBT SMK TTF
Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu
aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam
pengurusan buku teks SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan
lagi pengurusan SPBT. Ia membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan
buku teks SPBT disamping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.
Surat siaran Bil.KP(BS/DSR) 878/008(12)
bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan
dibawah peraturan 4 (e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN
PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998 : apa-apa persatuan lain yang diluluskan
pendaftar.
CARTA ORGANISASI KELAB SPBT
PENGERUSI
MOHAMMAD FAZWAN BIN RAZALI (4 CEKAP)
NAIB PENGERUSI
NORFAEZAH BINTI IBRAHIM (4 CEKAP)
SETIAUSAHA
SITI NADZIRAH BINTI AZILLIE (4 AMANAH)
NAIB SETIAUSAHA
AKMAL WAZIEN BIN SADIM (4 AMANAH)
BENDAHARI
SHANE BRYNE JAMES (3 AMANAH)
NAIB BENDAHARI
EDRIN FLERIAH MARBANG (4 AMANAH)
AHLI JAWATANKUASA
JAVIER O’NEIL JUAN (TINGKATAN 1)
MAYA ZAKIAH RISA (TINGKATAN 2)
NUR ALIA KHAIRUNNISA BINTI MOHD ANIPAH (2
TINGKATAN)
SITI NURAISAH BINTI MADRI (TINGKARTAN 3)
SITI NURAISYAH BINTI ABDUL SALIM (TINGKATAN 4)
MARC STEVEN LIM (TINGKATAN 4)
JURU AUDIT
AZREY LIEW (4 DINAMIK)
AINUL AIZAT (4 DINAMIK)
OBJEKTIF KELAB SPBT
- Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh
- Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid
- Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT
- Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab-kelab lain di sekolah.
- Memartabatkan buku teks sebagai sumber Ilmu.
KEAHLIAN SPBT
- Keahlian Kelab ini terbuka kepada semua murid yang berminat.
AKTIVITI-AKTIVITI KELAB SPBT:
MEMBAKAR BUKU-BUKU PELUPUSAN
- Antara aktiviti Ahli Kelab SPBT ialah membantu membakar buku-buku pelupusan setelah mendapat kelulusan daripada arkib negara
Subscribe to:
Posts (Atom)