Monday, June 25, 2018

Kenali BOSS SPBT


SEJARAH PENUBUHAN BOSS


Tahun 2008, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS) sekolah ini mula diberi perhatian khusus. Sebelum itu Bilik SPBT lebih merupakan stor bagi menyimpan lebihan stok buku teks. Bilik ini mula dihias dan dipamerkan dengan segala maklumat berkaitan SPBT dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa.

Tahun demi tahun,  penambahbaikan telah dibuat dan menjadikan bilik yang lebih luas. Pelbagai aktiviti, pameran dan inovasi berjaya dibuat dan dihasilkan.

Kini BOSS sekolah ini telah mula melangkah setapak lagi dengan mempertingkatkan segala kemudahan, keceriaan dan menghasilkan inovasi yang berkaitan dengan SPBT melalui pelbagai projek SPBT dan kerjasama pihak luar. Kini BOSS mula beroperasi dengan sempurna selaras dengan hasrat kerajaan untuk Memertabatkan Buku Teks sebagai sumber ilmu.


MATLAMAT


Memastikan semua murid warga SMK TAMAN TUN FUAD menikmati pendidikan percuma melalui faedah SPBT.


OBJEKTIF

  • Semua warga SMKTFF akan mendapat buku teks SPBT
  • Memastikan murid SMKTFF menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi baru persekolahan bermula


VISI

Pengurusan SPBT cemerlang menjelang 2018


MISI

Melaksanakan perkhidmatan pengurusan spbt secara sistematik bagi melahirkan model insan cemerlang berlandaskan FPN


PIAGAM PELANGGAN



  • Memastikan setiap murid layak mendapat buku teks menerimanya mengikut kehendak kementerian.
  • Dapat mengagihkan buku-buku SPBT kepada murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum cuti akhir tahun.
  • Pemulangan buku-buku teks daripada murid yang meminjam selewat-lewatnya dua minggu sebelum cuti akhir tahun.
  • Memastikan buku-buku teks dijaga dengan baik.
  • Mengurus SPBT dengan baik ,cekap dan cemerlang.
  • Sentiasa peka dengan maklumat terkini SPBT.
  • Memastikan setiap yang berurusan dengan pihak SPBT mendapat layanan dengan sebaik mungkin.


Strategi Pelaksanaan SPBT


i. Membuat mesyuarat AJK SPBT sekurang-kurangnya empat kali setahun

ii. Membuat pengisian BTBT 190

iii. Membuat perlupusan buku teks dan BLA tahun sebelumnya.

iv. Membuat pemeriksaan buku ditangan murid secara berkala.

v. memproses buku yang diterima untuk kegunaan tahun berikutnya

vi. membuat pengumpulan semula buku dan pengedaran buku bagi tahun berikutnya

vii. mengemaskini buku stok secara berkala



Pelbagai  Program SPBT Bersama Murid telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya antaranya adalah seperti:


Penyerahan buku teks tingkatan 1
Objektif aktiviti ini dijalankan bagi memastikan semua waris murid tingkatan 1 mendapat buku yang secukupnya. Selain itu bagi mendedahkan kepada waris cara membalut buku dengan betul dan kemas dan bagi memupuk minat waris murid terhadap penjagaan buku sepenuhnya. Rasional program ini dijalankan kerana masih terdapat segelintir waris kurang mengambil berat tentang penjagaan buku teks yang diberikan secara percuma.

Program Sayangilah Buku pula diadakan kerana bagi memberi kesedaran kepada murid untuk menjaga buku teks agar kelihatan cantik, dan murid dapat menghargai buku teks.

Program seterusnya adalah Program Baik Pulih Buku Dan Membalut Buku. Rasionalnya kerana murid-murid masih kurang kesedaran tentang kepentingan penjagaan buku teks. Objektif program ini agar murid-murid akan menjaga buku dan mengurangkan kerosakan buku dan memupuk minat murid terhadap penjagaan buku sepenuhnya.

Program Baik Pulih Buku iaitu dilaksanakan sebelum penyerahan buku ini dilaksanakan agar murid-murid akan menjaga buku dan mengurangkan kerosakan buku, dapat memupuk minat terhadap penjagaan buku sepenuhnya dan dapat mengurangkan contengan di dalam buku teks tersebut.

Kelab Buku Teks SPBT di mana Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.

Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat. Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah. 


Program kemuncaknya pula adalah Pertandingan Membalut Buku antara Kelab. Pertandingan ini bertujuan mendedahkan kepada murid bagaimana hendak membalut buku dengan kemas dan cantik serta dapat memupuk minat murid terhadap penjagaan buku sepenuhnya.




TAKWIN SPBT SEKOLAH


BIL
TARIKH
PERKARA
1
Januari
Mesyuarat pengurusan SPBT kepada semua guru
2
Januari
Mengagihkan buku teks SPBT kepada murid layak SPBT
3
Januari
Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Sekolah (untuk menentukan enrolmen murid pada tahun berikutnya )
4
Febuari
Menyediakan senarai terkini murid layak berdasarkan Sistem Maklumat Murid (SMM) dan mengemas kini Buku Stok SPBT
5
Febuari
Menghadiri  bengkel pengisian BTBT190/BTBT170 bagi permohonan buku teks SPBT kegunaan tahun berikutnya.
6
Febuari
Mengemas kini data Sisteksbbt dan sistem fail
7
Mac
Menjalankan pemantauan penjagaan buku teks SPBT di tangan murid
8
Mac
Meningkatkan keceriaan BOSS/Pertandingan BOSS
9
April
Memohon pelupusan buku teks SPBT dengan melengkapkan Borang Kew.PA-17
10
Mei
Mesyuarat Kelab SPBT Sekolah
11
Jun
Mengadakan taklimat/kursus/program SPBT Sekolah
12
Jun
Menjalankan pemantauan penjagaan buku di tangan murid
13
Julai - November
Menerima bekalan buku teks SPBT daripada penerbit/pengedar untuk kegunaan sesi persekolahan tahun berikutnya
14
Oktober
Mesyuarat Jawatankuasa SPBT Sekolah
15
November
Mengumpul semula buku teks SPBT Sekolah
16
Disember
Mengemas kini buku stok SPBT
17
Disember
Menyemak dan menutup kira-kira pada 31 Disember



RANCANGAN AKTIVITI KELAB SPBT 2018

BIL
TARIKH
AKTIVITI
1
14.01.2018
  • Perlantikan Ahli Jawatankuasa murid 2015
  • Taklimat Tentang  Kelab SPBT
2
11.02.2018
  • Melukis Logo Kelab SPBT
3
04.03.2018
  • Gotong royong membersihkan Taman Cemerlang SPBT dan kempen Bumi Hijau
4
01.04.2018
  • Gotong royong membersihkan /menyusun buku.
5
22.04.2018
  • Taklimat  tentang cara membalut dan membaikpulih buku teks
  • Klinik buku teks
6
13.05.2018
  • Kursus Sistek
7
17.06.2018
  • Taklimat pemprosesan buku baru
8
08.07.2018
  • Memproses buku kegunaan 2016
i)                  Cop
ii)               Merekod buku ke sistem sistek
iii)            Melekat barcode
9
29.07.2018
  • Memproses buku kegunaan 2016
i)                  Cop
ii)               Merekod buku ke sistem sistek
iii)            Melekat barcode
10
19.08.2018
  • Lawatan
11
02.09.2018
  • Pertandingan Mural SPBT







No comments:

Post a Comment